Oleh Willie Jude Junaidi
Beluran:
Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi
parah apabila sebuah kereta peronda polis bertembung dengan sebuah pikap
dalam kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, dekat
sini, semalam.
Dalam
kejadian jam 4.40 petang itu, anggota daripada Cawangan Trafik Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Koperal Saudi Meting, Koperal
Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham meninggal dunia
di tempat kejadian akibat cedera di seluruh anggota badan.
Ketua
Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, dua
lagi mangsa yang terkorban penumpang pikap, Masiah Jailani, 47, serta
adiknya, Layni Jailani, 45.
Menurutnya, mangsa yang parah seorang anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan dan tiga individu termasuk pemandu pikap terbabit yang belum dikenali identiti mereka. Semua mereka menerima rawatan di Hospital Beluran, di sini.

KEADAAN kereta peronda polis yang remuk dalam nahas.
“Ketika kejadian empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki Proton Waja dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas menjalankan tugas di Telupid.
0 ulasan:
Catat Ulasan